Adus! Disebabkan statement menyatakan aku mahu berak, ramai yang kata aku berak busuk. U all ni, berak memang busuk. Tahi lembu pun bau-bau ashem, ketiak bangla pon semerbak, inikan pula najis orang. Ok. Ok. Lupakan kisah buang membuang ini. Tidak lalu Puan Capa makan nanti. Tapi sumpahlah Puan Capa tak lalu pon still tambah 2 pinggan nasi. Eh! Ini keperluan baby. Diulangi untuk baby ye. 1 untuk mommy, 1 untuk baby. Barulah fair and square. Amacam? Adilkan Puan Capa? Lalala.
Ho! Hari ini aku telah pergi bersama-sama Geng Bus Sekolah aku ke Alamanda untuk mengisi tangki perut. Ramai pula di Alamanda. Mengikut perkiraan dan isytihar Majlis Raja-Raja difahamkan gaji untuk bulan ini belum lagi di bank in. Apasal ramai orang??? Aku mengassume mereka semua mahu menghabiskan duit gaji bulan lepas. Aku? Oh! Lama sudah habis. Bershopping bagaikan year end sales 1 tahun di Sarawak hari itu. Tak ingat dunia. Balik KL, menangis merayu-rayu domba kat Mr KE untuk meminta belanja. Uwek :P
Setelah mengisi tangki perut, kami merayau-rayau dan berpeleseran di Alamanda. Ini adalah salah satu senaman ye encik-encik dan puan-puan. Bukan kami sengaja. Ini adalah dinamakan senaman menjatuhkan lemak-lemak setelah makan berpinggan-pinggan. Hehehe. Jalan, skodeng balak-balak hensem, mengumpat sikit, masuk kedai itu, keluar kedai ini, mengorat balak-balak hensem...Oh! Takde! Semua balak-balak hensem baik-baik belaka. Pergi Solat Jumaat, agaknya la.
Dalam banyak-banyak kedai, ada 1 kedai yang kami masuk iaitu kedai lingerie. Tau tak kedai lingerie kawan-kawan? Ala. Kedai lingerie. Eh! Kedai itu bukan sejenis kedai yang menjual cekedis atau choki-choki ye. Harap maklum. Kalau tidak tahu, sila google sendiri. Aku malaslah hendak menujukkannya di sini. Takut-takut di band pula. Aku berjalan-jalan sambil membelek-belek lingerie-lingerie yang terdapat di dalam kedai itu. Belek je. Beli confirm belum lagi.
Tiba-tiba ada seorang perempuan masuk ke kedai itu bersama anak lelakinya. Aku agak anak lelakinya berumur lingkungan 4 or 5 tahun. Anak lelakinya muka macam blur je sebab ibunya mengheret masuk ke kedai itu dengan pantas.
"Mama, ini kedai apa Mama? Kita buat apa dalam kedai ini Mama?" tanya anak lelaki itu dengan blur-blur.
Aku memerhatikan sahaja gelagat mereka. Aku juga turut menunggu jawapan daripada ibu budak lelaki itu. Diam tanpa jawapan atau dengan kata lain buat dek je dan membiarkan anaknya bermain-main dengan lingerie di kedai itu.
Aku sempat berimiginasi. Toing. Toing. Toing.
"Ibu, Ibu ini kedai apa Ibu? Kita buat apa dalam kedai ini Ibu?" tanya anak lelaki aku.
"Anakku. Ini kedai lingerie. Ibu ingin membeli bra" jawab ku.
"Bra itu apa Ibu?" tanya anak lelaki ku lagi.
"Bra itu ialah...er...er...er..." aku blur.
Hendak jawab apa ye? Boleh tak aku cakap "Ayahnya. Tolong jawab bagi pihak Ibu comel..." Plisss. Aku pass away jawapan itu kepada Mr KE. Hah! Tengok ayahnya hendak jawab apa. Kui. Kui. Kui.
P/s: Patutlah si Mama tadi tidak menjawab persoalan anaknya dan membiarkan sahaja. But aku rasa tidak patut begitu. Ada caranya. Tapi aku belum habis menuntut :P

Nota Kaki:
Susah juga dapat anak yang banyak tanya ini. Alahai mak buyong~